Wednesday, November 03, 2010

Pemain Kelantan Paling Bernilai 2010




PETALING JAYA – Reputasi juara Piala Malaysia musim ini, Kelantan sebagai kuasa baru bola sepak tanah air semakin kukuh apabila mendominasi lima daripada sembilan kategori Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2010 100Plus-FAM, semalam.

Penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha paling mencuri tumpuan selepas dinobatkan Pemain Paling Bernilai 2010 selain turut merangkul Penyerang Terbaik 2010 menewaskan pencabar terdekat yang merupakan penjaring gol terbanyak Liga Super, Mohamad Ashaari Samsudin dari Terengganu.

Anak jati Besut, Terengganu itu berjaya meraih RM3,000 selaku Pemain Paling Bernilai dan RM500 untuk kategori penyerang selain menerima trofi daripada 100Plus selaku penaja utama.

Selain Norshahrul, Kelantan turut berbangga apabila penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat diangkat sebagai pemenang dalam dua kategori iaitu penjaga gol terbaik dan pemain muda terbaik.


Nota Getah : TAHNIAH kepada semua pemain tapi jangan lupa diri pula lepas ni. Harapnya kekal la prestasi tuh dan terus mara lagi dengan gagahnya!

1 comment:

Amni said...

erk? tak nampak tulisan tu dear... huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...