Friday, November 12, 2010

Gosip Getah : Nora Danish tak suka Fasha jumpa Rayqal



APABILA bercakap perihal Fasha Sanda kepada Nora Danish, ia boleh diibaratkan seperti menggores parut kesan luka lama sehingga berdarah kembali.


Justeru apabila pihak media bertanyakan kesediaannya menerima Fasha sebagai ibu tiri kepada anaknya, Putera Rayqal Ramli Rizal Ashram, pantas pelakon bergelar 'hot mama' ini menepis persoalan itu. 


Perkara itu ditimbulkan kerana baru-baru ini Fasha dikatakan membeli barang permainan untuk kanak-kanak yang dipercayai untuk Raqyal di sebuah kedai permainan kanak-kanak di sebuah kompleks beli-belah di Petaling Jaya.

Malah kedai itu dikatakan menjadi pilihan bekas suami Nora yang kini kekasih Fasha, Rizal Ashram atau Jejai untuk membeli barang permainan buat anaknya.




Kata Nora, mungkin barang itu dibeli untuk kanak-kanak lain, tetapi jika Fasha sudah bersedia untuk jadi ibu, itu satu perkara yang bagus.


"Tapi tak perlulah nak kaitkan dengan Rayqal kerana dia masih ada ibunya. Tak perlulah masuk campur dalam urusan kehidupan saya. Mungkin saya dah maafkan perbuatannya terhadap saya dan saya sudah berubah hati.

"Tapi sebenarnya saya tak nak fikir apa-apa pun kerana mereka belum sampai ke peringkat seterusnya (berkahwin). Hati saya sebenarnya tak kuat walaupun pada luarannya nampak kuat.

"Saya akui memang tak suka jika Fasha bertemu Rayqal. Jejai pun faham perkara ini," katanya ketika ditemui pada pelancaran program Kamilah Bintang, sebuah program nyanyian kanak-kanak terbitan Astro Ceria.

Pengakuan jujur ini sekali gus menggambarkan betapa luluhnya hati Nora dengan keruntuhan rumah tangganya yang dikatakan berpunca daripada Fasha.

Bagaimanapun, sebagai manusia biasa Nora mengakui pendiriannya semakin lama semakin berubah. Sampai masanya kelak, dia tidak mampu menghalang Fasha bertemu Raqyal jika ditakdirkan mereka menjadi suami isteri.

"Buat masa ini, biarlah keadaan berjalan macam biasa. Jejai faham pendirian saya. Kami tetap berbaik kerana sama-sama perlu besarkan Rayqal. Tapi tak tahulah kalau dia buat lain pula di belakang saya.

"Malah pada Disember ini, saya dan Jejai bersama keluarga akan bercuti ke Jepun dan Korea untuk makan angin bersama," katanya dengan nada tenang.

Bercerita mengenai kerjayanya, Nora menyatakan teruja menjadi pengacara Kamilah Bintang bersama Zoey kerana pertama kali berinteraksi dengan penonton di studio. Dia menerima tawaran ini kerana mahu melebarkan lagi pengalamannya dalam bidang pengacaraan.

"Kebetulan rezeki saya memang dalam bidang pengacaraan kerana sebelum ini saya mengacara I Glam untuk TV9 dan Bolly 10 di Astro. Sebelumnya tempat ini milik Mila, tapi disebabkan komitmen lain, akhirnya menjadi milik saya.

"Saya tak rasa jadi pilihan kedua atau ketiga kerana mereka sebenarnya sudah tawarkan awal-awal lagi, cuma saya belum beri keputusan. Peluang ini saya terima dengan hati terbuka kerana saya sukakan budak-budak.

"Tambah lagi dengan gelaran ibu yang disandang buatkan saya tak sukar nak kendalikan mereka. Saya suka tengok kesungguhan mereka dalam Kamilah Bintang kerana kanak-kanak ini adalah pelapis industri muzik kita.

"Dalam lakonan pula, saya akan muncul dengan drama bersiri Putera Katak yang akan disiarkan menerusi slot Lagenda di TV3 dan TV9 penghujung November ini.

"Saya sebenarnya takut katak, tapi menerusi drama arahan Adam Hamid ini saya jadi berani untuk bermain dengan haiwan ini. Boleh dikatakan hampir 80 peratus penggambaran membabitkan saya dengan katak sebesar tapak tangan.

"Malah ada juga adegan saya mencium katak itu sebelum ia menjelma menjadi manusia. Yang kelakarnya selepas dicium, katak itu terus terkencing. Tiga bulan bersama dengan katak membuatkan saya jadi rindu pula dengan katak itu.

"Saya bercadang nak memelihara katak itu selepas tamat penggambaran tapi Adam juga mempunyai hasrat yang sama. Akhirnya saya mengalah dengan dia," katanya.

Nora yang dilihat semakin cantik dan tubuhnya juga kelihatan langsing, tidak keberatan berkongsi rahsia penjagaan kesihatannya. Katanya, dia mengamalkan yoga untuk menguruskan badan dan berbasikal untuk menjaga kecergasan.

"Sebelum ini saya cepat berasa lemah badan selepas bertungkus lumus bekerja dan tak cukup tidur. Rayqal pula bangun seawal jam 6 pagi. Menerusi amalan senaman yoga serta berbasikal, saya terasa lebih sihat.

"Saya memang menetapkan bulan depan untuk bercuti bersama keluarga. Itulah sebabnya saya hanya ambil tawaran sebagai pengacara sahaja," katanya.


3 comments:

suria lekatlekit said...

takde sebab kenapa fasha nak jumpa anak Nora Danish.. Iskk.. jauhkan la budak kecik tu dr pmpuan tu.

Jom tolong vote cerita kreatif saya dengan menaip LEKAT LEKIT GURL STORY kat comment box blog ni http://www.benashaari.com/2010/11/mari-mengundi-jangan-persiakan-undian.html
sebelum jam 12 mlm ni yer

Nur Laili Binti Iswan said...

oh...my...tak pk aty nora betul

Rara Farah said...

huhu...tasuke fasha..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...