Ni meh tengok sinopsis Daring Women - korean drama SBS production . Kalau nak tengok kat tv beli astro beyond dulu : channel 393
Mula macam ni, Ji Soon Young (yg duk ats riba tuh) ngan laki dia Wang Se Joon terlibat dalam kemalangan. Nak jadikan cerita, laki dia mati, tinggal Soon Young ni ngan anak angkat dorang. Anak angkat ni sebenarnya anak adik ipar dia, adik Se Joon iaitu Se Bin (perempuan jahat baju merah tuh) !!
Soon Young berjumpa dan jatuh cinta dengan Han Kyu Jin, bapa mertua Wang Se Bin. Hahahah padan muka Se Bin bila Soon Young akhirnya jadi ibu mertua baru dia! Berjaya ke Se Bin menutup rahsia yang selama ni dia pegang, dan selama mana ibu Se Bin perlu menyokong tipu helah anak kesayangan nya tuh. Kita tunggu....
Nota Getah : Cerita ni macam Novel Selagi Ada Dia : Aisya Sofea
Sipnopsis : Pertemuan awal yang dipenuhi dengan pergaduhan dan rasa benci, akhirnya telah membibitkan rasa cinta di antara Arianni dengan Haris.
Namun apakan daya, lelaki pertama yang dicintai sepenuh hati rupanya kekasih pujaan kakaknya, Malini . Sepanjang musim percintaan mereka, Arianni terpaksa makan hati dan menahan rasa dengan sikap Haris yang tidak mahu berterus-terang tentang hubungan mereka yang sebenarnya.
Percintaan yang disembunyikan itu akhirnya terbongkar juga menyebabkan Arianni menjadi mangsa kemarahan keluarganya, terutama sekali kakak dan ayahnya, Encik Malek . Dia dituduh sebagai orang ketiga dan perosak kebahagiaan orang lain. Lantaran kecewa akibat disisihkan oleh ahli keluarganya, ditambah lagi dengan sikap Haris yang tidak berusaha untuk mempertahankan cinta mereka menyebabkan Arianni membawa diri ke London.
Selama tiga tahun membawa diri di rantauan, Arianni pulang juga ke tanah air bagi menjalankan tangungjawab sebagai seorang anak untuk menjaga ayahnya yang sakit disamping untuk membetulkan kembali kesilapan yang lalu. Semasa penerbangan balik ke Malaysia, Arianni telah berkenalan dengan seorang duda kematian isteri bernama Idris. Bermulanya hubungan sebagai teman biasa, Arianni tidak menyangka bahawa cinta bertandang lagi buat kali keduanya dengan Idris.
No comments:
Post a Comment