Friday, December 31, 2010

Gosip Getah : Ashraf Muslim Bercinta dengan Iera Syazira!

Ohhhh tidak Ashraf nak jadik perampas ke ???? Bukan kah Eira Syazira milik Azad Jasmin ? Ohh anak mami menantu mami, gapo nak jadi nge hangpa semua ni ! (loghat campur penang + kelate )..jangan marah ! Ashraf dah banyak berubah kan tahun nih, daripada watak pondan ke watak ustaz dan sekarang nih begelar usahawan ternakan ! HEBAT !





Semua ini hanyalah untuk tujuan drama okey, ni lah drama terbaru kat TV3 nanti. Seperti biasa Ashraf akan pegang watak sebagai ustaz...muka baik perangai pon dah banyak berubah kepada yg ... Eira plop akan jadi GRO..agak seksi dia nih & kadang-kadang daring jugak. Sesekali layan lah drama melayu walaupon kadang-kadang stereotaip tapi SOKONG LAH INDUSTRI MALAYSIA !



Drama Ustaz Amirul TV3 mengisahkan tentang cabaran dan dugaan yang perlu diharungi oleh seorang lelaki berusia 30 tahun bergelar Ustaz Amirul (Ashraf Muslim) yang baru tamat pengajian peringkat sarjana dalam bidang Usuluddin dari Universiti Islam di Mesir. Dengan dikelilingi pelbagai kepura-puraan dan manipulasi budaya moden, Ustaz Amirul akan diduga keteguhannya sebagai pemegang amanah Allah, dalam melaksanakan niatnya untuk memulakan kelas agamanya sendiri. Ustaz Amirul juga telah berjanji kepada ibunya, jika sekiranya dia tidak mempunyai seorang calon isteri setiba dia di usia 30, ibunya berhak untuk memilih mana-mana calon untuk dijadikan teman hidup Ustaz Amirul. Walaubagaimanapun, pada masa yang sama, keluarga Ustaz Amirul tahu, kepulangannya itu sebenarnya untuk mencari Adawiya (Eira Syazira), punca sebenar mengapa sehingga kini Ustaz Amirul sukar mencari cinta di hatinya. Adawiya merupakan gadis pertama pilihan hatinya sejak di sekolah menengah. Apabila mereka tamat sekolah menengah, mereka sudah merancang untuk diijabkabulkan namun ayah Ustaz Amirul ada impian lain buat anak lelakinya itu. 




Siapakah pilihan Ustaz Amirul ? Adakah Ustaz Amirul & Adawiya jodoh yg ditetapkan ilahi ?Jangan lupa saksikan drama baru "Ustaz Amirul" yang bakal menemui penonton pada 7 Januari 2011, pada setiap hari Jumaat, jam 9.00malam, di slot Zehra, hanya di TV3!  sumber : http://www.ohbulan.com/


 Ini Gosip Getah yang terakhir di 2010 . Terima kasih semua kerana membaca .

5 comments:

rossoneri said...

ooo ada drama baru rupanya...baru nak menjerit nak g serang twitter dia hehehehe xada lah..

rizwan's sweetheart said...

ehhh... yeke? mana bf iera? sapa nama dia tu... izzad kan kalau tak silap?

Ajeyy Khalid said...

Waaaa , best !
Nanti follow Blog saya ek :)

Ratu Sulaman said...

seb bek.... hehe// tu la, bkn ke iera ngan azad tu kan?

['',] iman ['',] said...

Assalamualaikum , nmpk cm best jekk . bleh jd vip dpn tv ni . hehe .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...